Ghadafi memerintah Libya tatkala usianya 27 tahun iaitu dalam revolusi berdarah pada 1 September 1969. Berzodiak Gemini, yang berlambang kuda, sesuai dengan karektornya yang sentiasa bertindak cepat, kencang dan ganas.
Ghadafi memulakan kuasanya di Libya semasa Raja Idris keluar negara untuk rawatan kesihatan. Ghadafi dilahiran pada 7 jun 1942. Beliau adalah seorang yang tegas, berani, nekad dan konsisten. Dalam bicaranya sentiasa kasar, pedas dan lancang.
Di kalangan pemberontak, Ghadafi di anggap pemimpin yang ganas, kejam. Dia boleh mengejar, membasmi musuhnya hingga ke lubang cacing.
Beliau begitu marah dengan pemimpin asing yang mahukan dia undur. Menurutnya bukan dia yang patut undur tetapi pemimpin asing yang menyerang negaranya yang sepatutnya berundur.
Para pemberontak yang dibantu Amerika dan barat mahu menurunkannya secara paksa. Sehingga kini belum berhasil. Amerika juga telah mengurangkan tekanannya ke atas Libya.
Ghadafi yang sudah memerintah selama 41 tahun 6 bulan itu kini masih berada di Benghazi iaitu bandar kedua terbesar selepas Tripol.
Beliau seorang yang kacak, tampan, macho dan sentiasa bergaya. Beliau kerap memakai cermin mata hitam dan berjubah serta penutup kepala. Penutup kepala dan jubah biasanya dari warna yang sama. Di publik dia kelihatan seperti model.
Yang paling menarik tentang Ghadafi tidak ada pemimpin dunia yang mampu berbuat begitu: Semasa keluar negara beliau akan diiringi gerombolan wanita cantik paling sikit 40 orang. Mereka itu adalah ‘pengawal peribadinya.’ Wanita-wanita ini sentiasa bermekap tebal, lebih hebat dari selibriti.
Di dalam negeri pula dia dikawal paling sedikit lima gadis cantik terpilih. Mereka sentiasa berjaga-jaga di sekeliling ghadafi, termasuk semasa ia tidur. Ghadafi khabarnya sentiasa memanjakan mereka.
Gadis-gadis pengawalnya itu juga serupa Ghadafi, sentiasa berkaca mata hitam dari rekabentuk Gucci. Mereka juga memakai kalong berlian dan berkasut bot. Mereka semua adalah perawan.
Gadis-gadis cantik itu adalah tentera terlatih yang memakai seragam tentera. Ada juga masa tertentu mereka memakai tudung, dan masa-masa tertentu mereka membiarkan rambut terjurai.
Pernah terjadi pada November 2006, di Abuja, Nigeria dalam misi diplomatik Ghadafi datang dikawal 200 tentera bersenjata lengkap. Dia menegah senjata-senjata itu dilucuti.
Kehadiran puluhan gadis pengawalnya di Kiev, Ukraine, pada November 2008 memukau dan mengejutkan penduduk setempat. Begitu pula ketika menghadiri festival budaya Afrika di Dakar, Senegal, pada Desember 2010.
Gadis-gadis itu semasa mengawal Ghadafi sentiasa menggalas senapang Kalashniov .Mereka bersedia untuk membunuh jika terpaksa. Senapang itu adalah rekaan Mikhail Klashnikov dari Rusia.
Al-rahibat al-thawriyyat atau para rabib revolusi. Itulah gelaran yang diberi Ghadafi pada gadis-gadis itu. Mereka adalah daripada Akademi Tentera wanita yang didirikan Ghadafi pada tahun 1979. Akademik itu digambarkan berada di bangunan besar yang bertembok.
Jane Kokan, wartawan The Vancover Sun, Kanada, pernah mewawancara Ghadafi tentang akademik itu .Kata Ghadafi Akademik itu sebagai simbol emansipasi wanita Libya. Kokan pernah mengunjungi akademik itu.
Gadis-gadis yang dilatih di situ kebanyakan terpilih. Program latihan selama tiga tahun melibatkan semua aspek tentera seperti tembakan artileri, peluncur roket, pertarungan fizikal, dan komunikasi. Aktiviti latihan dimulakan jam 04.30 pagi.


No comments:
Post a Comment