Saturday, April 2, 2011

Mew Choo Bersara

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Mohd Nadzmi Salleh berkata, pihaknya menerima surat perletakkan jawatan dari Mew Choo tengah hari semalam dan badan induk itu menerimanya tanpa sebarang syarat.

Antara sebab Mew Choo letak jawatan ialah ‘kecederaan yang dialaminya. Ia tiada kena mengenai dengan perletakkan jawatan jurulatihnya Wong Tat Meng yang berhijrah ke Indonesia baru-baru ini,” kata Nadzmi.

BAM bersetuju menawarkan jawatan jurulatih pasukan remaja negara kepada Mew Choo, sebagai menghargai jasa Mew Choo kepada Negara. Namun tawaran itu belum diutarakan kepada Mew Choo secara rasmi.

Pada Mesyuarat Majlis BAM semalam, mereka memutuskan bersetuju memperbaharui kontrak dua jurulatih dari Indonesia iaitu Rexy Mainaky juga jurulatih beregu negara (sehingga 21 Mei 2011) dan jurulatih pelapis kebangsaan Hendrawan (sehingga 30 Jun 2011) bagi tempoh dua tahun lagi.

Persatuan Badminton Malaysia juga berhasrat untuk membida menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Sudirman pada 2013 buat pertama kalinya.

No comments:

Post a Comment