Sunday, May 15, 2011

Aktivis GEGAR dipukul hingga pengsan kerana menggantung banner tuntutan royalti minyak

Seorang lelaki   bertindak bodoh kerana memukul aktivis yang berjuang untuk rakyat negerinya sendiri . Tuntutan royalti minyak bukan untuk GEGAR tetapi untuk seluruh rakyat negeri Kelantan. Ideologi apa yang mereka pegang, kerana politik sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Bodoh yang tak dapat diajar. Bodoh piang. Spesies jenis apa.

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu. Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh. Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.

Hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungkan banner tersebut di tempat sama.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.

Hishamudin yang mewakili Gegar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.

Ketika kejadian mangsa yang ditemani isteri dan ibu itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.

Mereka telah membuat laporan polis.




No comments:

Post a Comment