NEW YORK: Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antrabangsa (IMF) dan bakal calon pilihan raya presiden Perancis, Dominique Strauss-Kahn, 62, ditahan pihak berkuasa Amerika atas dakwaan melakukan serangan seksual, termasuk cubaan merogol seorang pekerja hotel di bandar raya ini.
Jurucakap polis New York, Paul Browne berkata semalam, Strauss-Kahn, dibawa keluar dari pesawat penerbangan Perancis, Air France, beberapa minit sebelum ia berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy kelmarin. Polis mengatakan Strauss-Kahn, warga negara Perancis tidak ada kekebalan diplomatic.
Reuters melaporkan peguam bagi Dominique Strauss-Kahn mengatakan ia akan mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Polis mengatakan pelayan berusia 32 tahun di Hotel Sofitel menceritakan tatkala ia masuk untuk membersihkan bilik hotel Strauss-Khan hari Sabtu petang, Strauss-Khan keluar dari bilik mandi tanpa pakaian dan berusaha memaksanya melakukan hubungan seks. Pelayan itu berjaya melarikan diri dan memberitahu pegawai hotel yang terus menelepon polis .
Apabila polis tiba di hotel, Strauss-Kahn telah tiada di situ dan beliau meninggalkan telepon seluler serta barang-barang pribadi lainnya.
Jurucakap polis New York Paul Browne hari Ahad pagi mengatakan pelayan itu dirawat di rumah sakit sebagai pesakit luar kerana luka ringan.
Strauss-Kahn berkahwin dengan seorang wartawan terkemuka TV Perancis, tetapi sebelumnya ada juga peristiwa skandal seks. Tahun 2008, ia meminta maaf atas apa yang disebutnya “kesalahan dalam penilaian” karena bercumbuan dengan salah seorang pekerja bawahannya.
No comments:
Post a Comment