Monday, May 16, 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim di perentah bela diri pada 6-30 Jun

Bila Perdana Menteri keluar negara time nak keluar keputusan kes Anuar, rakyat dah dapat mengagak apa keputusan mahkamah .


HAKIM ZABIDIN MOHD DIAH menerima bukti  serta keterangan Pasukan pendakwaan   dan keputusannya Anwar Ibrahim diperentah membela diri
 
Tarikh yang ditetapkan ialah pada 6 hingga 30 Jun

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperentah membela dirinya terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwa berjaya mewujudkan kes prima facie   dan Ketua Umum PKR perlu membela diri.

Hakim menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi berwibawa.

“Tertuduh menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabie mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

“Pihak pembela cuba untuk menunjukkan Saiful sebagai saksi yang tidak berwibawa dan bukan seorang Muslim yang baik. Dengan menghormatinya pembelaannya, namun ia tidak relevan,” tambahnya.

“Saiful tampil sebagai saksi yang jujur dan bahanbuktinya meyakinkan, dengan setiap perincian diberikan di dalam keterangannya.

“Oleh itu persoalan selanjutnya ialah samada wujud bahan bukti untuk menyokong kenyataan Saiful.

“Ketiga-tiga doktor mengesahkan terdapat tusukan.

“Mengenai pencemaran bahanbukti DNA, kesemua sampel telah diambil sejurus selepas kejadian dan telah dimeterai. Saya lihat kemungkinan untuk berlaku pencemaran terlalu kecil.

“Berdasarkan kepada semua sebab di atas, pihak pendakwa telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu  mengambil masa   setahun yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu di dalam dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

 Mohd Saiful memberitahu mahkamah yang  beliau tidak boleh  buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa seluar hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang dikatakan adalah milik Anwar.
sumber Greenboc

No comments:

Post a Comment