Monday, May 16, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KHAS UNTUK GURU-GURU SELURUH MALAYSIA

.Hari ni menonton channel 501 kisah guru-guru sekolah khas. Memang teruja, memang satu penorbanan yang hebat. Mengajar dari zero hingga kanak-kanak itu dapat berkomunikasi dengan hebat, dan mereka dapat berdikari. Guru-guru ini telah diberi elaun khas RM250.00

Semoga jasa, amal serta keikhlasan anda mencurahkan ilmu kepada para pelajar akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT.

Ganjaran dari Allah tidak dapat dibaca dan diterjemah dalam bentuk yang bagaimana. Ia datang dalam berbagai cara yang kita sendiri tidak menduganya. Contohnya kita diberi kesihatan, kekuatan, rezeki , kejayaan anak-anak, kebahagiaan hidup, aman, sejahtera, kenaikan pangkat. Semua itu merupakan ganjaran dari Allah.

Apakah pula bentuk ganjaran dari Menteri Pelajaran seperti yang diwar-warkan. Tuuunnngguuuuu!

Adakah ia berupa ganjaran seperti yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. Kalau ada, berterima kasihlah kepada Pakatan Rakyat kerana mendatangkan idea begitu. Rezeki dari Allah.

Macammana cikgu-cikgu ? Ada berani pangkah Pakatan Rakyat ?
Pangkahlah pakatan rakyat moga kita dapat merubah Malaysia kearah kehidupan yang lebih baik.

Kita berdoa moga Malaysia jadi sifar rasuah. Mahkamah yang lebih adil. Polis yang lebih berani dan jujur. SPRM yang ada pendirian. SPR yang berwibawa. AMIN.

No comments:

Post a Comment