CANNES - Artis Perancis, Sami Naceri ,49 ditahan polis kerana berkelakuan tidak senonoh ketika diminta oleh peminatnya untuk bergambar bersama.
Artis yang membintangi siri the French Taxi itu ditangkap pada 22 Mei lalu, "Tuduhannya karena dia mempertontonkan bahagian intim tubuhnya kepada orang ramai ," kata jurucakap polis yang tidak mahu disebutkan namanya.
Surat khabar Nice Matin melaporkan, Naceri tiba-tiba membuka seluar dan memperlihatkan punggungnya kepada kumpulan remaja yang memintanya bergambar bersama di pantai Cannes.
Sebelum ini pada tahun 2009, Naceri pernah terbabit dalam kes penyerangan dengan menggunakan senjata tajam.
Minggu lalu pulak beliau terpaksa berurusan dengan pihak polis kerana dituduh melakukan penghinaan terhadap institusi polis .
Sumber :ACE
No comments:
Post a Comment