Wednesday, May 25, 2011

Saman Felda RM200 juta : Dr Tan Kee Kwong kata jumpa di mahkamah

KUALA LUMPUR: Felda dan Felda Global memfailkan saman malu pada 25 Januari lalu terhadap Dr Tan Kee Kwong berjumlah RM200 juta atas artikel yang didakwa memfitnah seperti yang disiarkan dalam akhbar “Suara Keadilan” tahun lalu.

Dalam artikel itu Dr Tan menulis bahawa keputusan pembinaan bangunan Felda hanya diputuskan oleh tiga individu.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) semalam mahu Dr Tan mendedahkan butiran lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua individu lain.

Sebaliknya Dr Tan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, berkata beliau akan menjawabnya di mahkamah,

“Saya tidak mahu beri komen lagi, kerana saya rasa peguam saya lebih tahu untuk bertindak, apa-apa pun hanya tunggu hari perbicaraan pada 9 Jun depan,” kata beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi kepada Keadilandaily.com.

Artikel yang didakwa memfitnah itu disiarkan dalam akhbar “Suara Keadilan” tahun lalu.

Felda dan syarikat pelaburan itu berkata ia diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul “Kontroversi” dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk “Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu”.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa.

Peguam mewakili Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Cheng Mai berkata permohonan untuk tujuan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Manakala mahkamah menetapkan 9 Jun untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak berkenaan mengemaskini permohonan.
sumber KD

No comments:

Post a Comment