Kuala Lumpur, 25 Mei - Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tidak tunduk kepada tekanan yang dibuat parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional (BN).
Beliau memberi amaran kepada MCA dan MIC supaya jangan campur tangan dalam isu pemberian biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.
“Perkasa mendesak JPA supaya tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik dalam soal urusan pemberian biasiswa. Kata presidennya sepatutnya semua pihak tidak memperbesarkan isu pembahagian biasiswa
“Ia urusan kerajaan dan MCA atau MIC jangan ganggu urusan JPA, Umno dan Pemuda Umno tidak ganggu JPA walaupun ramai Bumiputera tidak dapat biasiswa JPA dan pelajar Bumiputera yang tidak diberi biasiswa belajar di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Ibrahim mencadangkan pelajar-pelajar meneruskan pengajian di dalam Negara.
“Sepatutnya semua pihak bersyukur, belajar di mana-mana tidak menjadi soal apatah lagi belajar dalam negara sendiri, di mana-mana sudah banyak IPTA dan semua kursus ada ditawarkan.
“Ia juga menyelamatkan aliran wang keluar negara malah kosnya lebih tinggi. Membiayai seorang pelajar keluar negara boleh menampung dua hingga tiga pelajar belajar dalam negara,” katanya.
Kata Ibrahim, kuota pembahagian biasiswa yang dilaksanakan kerajaan sekarang menyebabkan Bumiputera terjejas.
“Biasiswa untuk keluar negara hanya pascasiswazah dalam disiplin yang tidak ada dalam negara, oleh itu Perkasa cadangkan biasiswa ijazah pertama keluar negara di mansuhkan dan hanya biasiswa untuk belajar dalam negara.
No comments:
Post a Comment