Sunday, May 15, 2011

Azizulhasni Awang menjadi tetamu Allah

Azizul bersama ahli keluarga

Ketenangan yang dicari bersama isteri, Athiah Ilyana Abdul Samat dan ahli keluarga kedua belah pihak cukup mendamaikan hati pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu apabila dapat menjejakkan kaki buat pertama kali di Makkah dan Madinah

Cerita Azizul kepada wartawan Harian Metro

AZIZULHASNI AWANG (AHAD): Pertama kali saya sampai  Madinah, saya cukup terpegun melihat keindahan Masjid Al-Nabawi dan jemaah yang padat. Hari pertama tiba saya berpeluang solat subuh buat kali pertama dan mengambil kesempatan itu untuk memasuki Raudhah (tempat dalam Masjid Nabawi terletaknya makam Rasulullah SAW). Terbit rasa sedih dan terharu kerana tidak menyangka berpeluang menjejakkan kaki ke dalam Raudhah.

Selepas itu kami bergerak ke Makkah. Hotel kami betul-betul berdepan dengan Masjidil Haram. Dari bilik penginapan sudah boleh melihat Kaabah.

Ketika itu saya seperti tidak percaya akhirnya saya dapat melihat Kaabah dengan mata sendiri. Lebih mengujakan apabila dapat bersembahyang dalam masjid itu dan dapat melihat kehebatan dan keagungan Kaabah dengan mata saya. Rasa bersyukur yang tak terhingga kerana orang yang dapat ke sana adalah yang dipilih oleh Allah.

No comments:

Post a Comment