Sunday, May 15, 2011

kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak.

Seorang bomoh dari Nigeria berkata, dia tidak bercadang untuk menambah isteri lagi selepas kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak. Menurut Bello Maasaba, ketaatan adalah ciri paling dihargai pada setiap isterinya.

Kini memiliki keluarga lebih 5,000 orang, Bello, 87, mendakwa dia diperintah Tuhan menjadi bomoh dan kerap bertukar isteri pada 1970-an. Katanya hanya berkahwin dengan seseorang wanita selepas mendapat wahyu dan jika bukan kerana perintah Tuhan, dua isteri mencukupi untuknya.

Keputusan Bello itu menyebabkan pertikaian kepada pihak berkuasa Islam di tempatnya di Bida, Nigeria. Seperti sedia maklum, Islam hanya membenarkan seseorang lelaki memiliki 4 isteri pada satu-satu masa. Justeru, kerajaan menahan Bello pada September 2008 dan menyumbatnya ke penjara selepas dia enggan menceraikan 82 isterinya dan meneruskan perkahwinan dengan empat isteri saja.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment