Tuesday, May 24, 2011

Bunuh diri kerana susah tidur

BANTUL, Yogyakarta - 24 Mei : Ngatemo Pawiro, 65 warga Desa Srimartani, Kecamatan Piyungan Bantul Yogyakarta, nekad bunuh diri. Dipercayai kerana depresi lantaran penyakit yang dideritainya tak sembuh-sembuh,

Mangsa mengakhiri hayatnya dengan menggantung diri di alang ruangan dapur rumahnya, pada Selasa petang.

Menurut jiran mangsa, Wagimin, masa kejadian penghuni rumah pergi ke sawah, tinggal mangsa seorang diri.

Tatkala anak-anak mangsa pulang, mereka melihat bapa mereka telah meninggal kerana menggantung diri dengan tali plastic. Khabarnya Wagimin nekad mengakhiri hidupnya karena menderita penyakit infeksi prostat yang tak kunjung sembuh.

Kata Wagimin, "Pawiro sudah dua kali menjalani pembedahan tetapi tidak juga sembuh. Dia juga ada penyakit susah tidur “ .

Setelah dibuat bedah siasat, doktor memberitahu tidak ada penganiayaan ke atas mangsa. Dia mati membunuh diri.

No comments:

Post a Comment