Semalam Roketkini.com melaporkan,Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Kata Lim, beliau akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua empat negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu teruja dengan kenyataan itu, lantas mencabar DAP jika berani keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Barulah boleh dikatakan anak jantan. Panas hati membara itu dilepaskan kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam
Kata Beliau, dengan bertanding atas tiket sendiri tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.
DAP juga boleh menyahut cabaran itu dengan jawapan : UMNO juga kalau mau jadi anak jantan cuba keluar dari Barisan Nasional. Ada berani ? Baru tau langit tinggi rendah.
Kata Ahmad Zahid lagi, kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.
Sebenarnya kenyataan Guan Eng itu ada logiknya, memandangkan mandat PRU berakhir 2013. Jadi Negeri-negeri Pakatan Rakyat boleh memerintah lagi dua tahun.
Dua tahun masa yang agak lama bagi membolehkan negeri-negeri pakatan membangun negeri masing-masing dalam apa saja bidang untuk kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment