KUALA LUMPUR, 24 Mei: Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua empat negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.
Menurut Lim Guan Eng lagi pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.
“Tujuannya untuk memastikan usaha Pakatan Rakyat menawan semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Keputusan muktamat sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, tentulah akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi.
Pakatan menguasai Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU ke 12 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian, selepas tiga ADUN melompat parti.
Menurut, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri Perak menunjukkan tiga parti PR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak. Ini perangkaan yang sangat baik
“Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti,” katanya.
Jelas beliau pada perangkaan terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, namun ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan boleh menjamin kemenangan.
Guan Eng pernah menyatakan sebelum ini, pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa DAP tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.
No comments:
Post a Comment