PARIS - Seorang perenang yang cacat kaki dan tangan berasal dari Perancis bertekad melintasi lautan yang menghubungkan lima benua.
Philippe Croizon ,43 kehilangan kedua kaki dan tangan dalam kemalangan letrik, 17 tahun lalu. Namun, dalam keadaan "kekurangan" ini, Croizon mampu berenang melintasi Selat Inggeris.
Tekad Croizon lebih besar kali ini kerana beliau berazam menyeberangi lautan di antara lima benua, yang semestinya akan bertemu berbagai kekangan , seperti suhu laut yang sejuk, penghuni laut yang ganas, kapal-kapal besar dan lain-lainnya.
Khabarnya Croizon akan menunaikan azamnya ini antara Mei dan Ogos 2011 nanti. Ia akan ditemani perenang jarak jauh, Arnaud Chassery, 34.
"Kejayaan saya melintasi Selat Inggeriss merupakan bentuk dari suatu harapan buat teman-teman saya yang mengalami kekurangan," kata Croizon. "Dengan harapan baru, kami akan mencuba menyampaikan tentang perdamaian, kerja sama antara manusia OKU dan manusia normal, juga mereka yang berbeza kebudayaan dan warna kulit," kata Croizon.
Pada tahun 1994 beliau terkena kejutan eletrik yang bervoltan 20,000 volt. Setelah pulih, Croizon mendapat inspirasi dari acara televisyen tentang kejayaan seorang perenang melintasi Selat Inggeris.
Croizon akan memulai renangannya dengan berenang sejauh 20 kilometer melintasi Lautan Pasifik antara Papua Newgini hingga ke sebuah desa di wilayah Papua, Indonesia.
No comments:
Post a Comment