Thursday, May 12, 2011

Jika semawa PAS join UMNO, kena ajak sekali PKR dan DAP

KOTA BHARU, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata: jika ajak PAS masuk umno, kena ajak sekali PKR dan DAP. Itu syaratnya.

Menurutnya lagi, PAS hanya akan menyertai Umno dan Barisan Nasional jika DAP dan PKR juga bersama-sama. Itu pun jika kedua-dua parti itu setuju berbuat demikian.

“Kalau mereka tolak, bererti PAS juga akan menolaknya sebab kita bergabung mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Yang paling besar sekali gabungan itu mesti berlandaskan Islam,”ujarnya.

Beliau mengulas ajakan bertalu-talu Umno agar PAS menyertai Umno dalam BN kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Demi tujuan menarik PAS ke umno , umno terpaksa memfitnah PKR dan DAP. Ada berita kononnya DAP berusaha menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, sebab untuk membolehkan orang Kristian menjadi Perdana Menteri.

Bagi para penganalisis, tujuan Umno bukannya mahukan DAP tetapi mereka mahu memburukkan PAS yang akan dilebelkan sebagai sanggup duduk bersama dengan parti yang mahu merosakkan Islam dan meletakkan Kristian sebagai agama rasmi.

Dalam pada itu, Nik Aziz juga turut mempertikaikan apa jaminan Umno tidak menikam PAS dari belakang sebagaimana yang dilakukan parti itu kepada PAS semasa PAS berada dalam BN sebelum ini.
Antaranya meletakkan calon mereka dalam kawasan yang diperuntukkan kepada PAS.

Apakah jaminan Umno tidak akan meletakkan calon Bebas di setiap Dun atau Parlimen yang ditandingi calon dari PAS, PKR dan DAP sebagaimana yang pernah dilakukan sewaktu PAS bersama dalam BN sebelum ini, soal beliau.

Menurutnya, akibat tindakan itu calon PAS yang bertanding di Kelantan pada tahun 1978 jatuh tersungkur.

“Perkara ini sebenarnya yang harus dipikir oleh semua pihak, orang yang sentiasa buat dosa tidak akan pernah berdiam diri dan akan mengulanginya lagi,”ujarnya lagi.

Bagi Nik Aziz, biarpun usia Umno telah menjangkau 65 tahun, namun parti itu masih teraba-raba dan tiada hala tuju dalam perjuangan sehingga meminta bantuan PAS untuk menjadi penongkatnya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas sambutan 65 tahun Umno semalam.

sumber harkahdaily


No comments:

Post a Comment