Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa akhbar Utusan Malaysia telah dikenakan surat teguran berhubung laporannya pada Sabtu lalu yang "didapati menggemparkan fikiran orang ramai."
Satu kenyataan daripada KDN menyebut, surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.
Teguran berkenaan adalah berhubung laporan muka hadapannya bertajuk "Kristian agama rasmi?" dan juga satu lagi laporan yang disiarkan di halaman 5 pada hari tersebut.
Laporan berkenaan – memetik tulisan di blog – mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu
"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan tersebut.
"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," menurut kenyataan itu lagi.
No comments:
Post a Comment