Menarik juga membaca tulisan Kee Tuan Chye bertajuk No Difference With or Without dalam blog Lim Kit Siang. Secara keseluruhan, penulis menyatakan samada Cina di wakili oleh MCA/Gerakan atau tidak dalam kerajaan tidak memberi sebarang kesan kepada kaum Cina.
Walaupun ianya di tulis oleh hanya seorang manusia, namun jika mengikut trend undi kaum Cina sekarang, itu sebenarnya suara hati nurani kaum Cina. Mereka sudah melancarkan 'jihad' atau 'crusade' terhadap kerajaan Melayu yang diterajui oleh UMNO. Pembangkang Melayu boleh kata apa saja terhadap kebobrokan UMNO, namun UMNO jelas masih mewakili kekuasaan Melayu.
Mungkin Datuk Sakmongkol tidak setuju kerana beliau mempersoalkan kenyataan TPM, Tan Sri Muhyidin Yasin, apa sebenarnya prinsip UMNO yang Muhyidin kata ingin pertahankan? Menurut Datuk Sakmongkol, UMNO tidak boleh mengakui mereka sebagai juara mempertahankan Melayu lagi. Sudah banyak persaing yang berketrampilan, menurutnya dalam posting bertajuk UMNO and its principles Part 1.
Siapa persaing UMNO?
Pas? tapi mereka parti Islam dan Mursyidul Amnya tidak bangga dan mungkin malu mengaku Melayu.
PKR? Oh terlalu ramai Tian Chua dan Sivarasa dalam PKR.
Perkasa? Mungkin tapi Perkasa masih bukan parti?
Kaum Cina perlu ingat, salah satu sebab mengapa UMNO tidak kelihatan membela Melayu adalah kerana kaum Cina, dan MCA merupakan sekutu UMNO. Parti Melayu itu perlu banyak berlembut dalam menangani isu 'kepentingan Melayu' kerana takut dilabelkan racist. Menteri-menteri UMNO mempunyai habit meminta maaf selepas menggenggam tangan tanda padu atau menghunus keris menunjukkan kejituan dalam mempertahankan Melayu.
Disunting dari sinarharian
No comments:
Post a Comment