Friday, May 27, 2011

Kelantan Tiada Tandingan: Negeri Mendahului Kemajuan

Hebat negerinya, hebat pemimpinnya dan hebat rakyatnya.

20 tahun Tok Guru jadi MB, 20 fakta menerajui perubahan

Kini Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkembangannya sudah dua dekad. Panduan menjalankan tugas menteri besar ialah prinsip dalam kaedah Islam, iaitu "siasah syariyyah" yang mengamalkan prinsip pentadbiran Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Prinsip itu menjadi isi kandungan utama dalam dasar Membangun
Bersama Islam Negeri Kelantan. 

Kesan kandungan itulah telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 fakta program Dasar “Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan” yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak.

Berikut adalah rumusan daripada 20 fakta:

 1 Sistem gadaian Islam ar-Rahn dibawah Permodalan Kelantan Berhad. Bank Rakyat - sistem pajak gadai ar-Rahnu; YAPEIM. Kini turut dilaksana oleh Bank Islam.

2 Peraturan pembinaan rumah kos rendah – tiga bilik. Pemaju Perumahan

3 Skim bantuan rumah dhuafat Membantu beban golongan miskin, kini ditiru oleh Kerajaan Pusat sebagai
projek rumah mesra rakyat.

4 Kurikulum pendidikan sekolah YIK telah diterima pakai oleh sekolah agama di negeri lain. Johor dan Sarawak; termasuk di luar negera (Singapura, Kampuchea)

5 Sukatan peperiksaan STU diterima sekian lama sebagai saluran memasuki pengajian di Universiti al-Azhar Mesir. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima idea STU ini dan telah melahirkan STAM (ganti STU) sebagai syarat masuk universiti tempatan dan Al-Azhar Mesir.

6 Kurikulum Pendidikan Sepadu YIK (pengajaran selari pendidikan Islam dengan sains-iktisas) berjaya melahirkan pelajar cemerlang. Pihak KPM secara tidak langsung telah mengesahkan kelebihan kurikulum sepadu YIK apabila memasukan aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

7 Amalan tazkirah di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri telah diterima secara meluas. Seluruh negara oleh swasta/korporat/bank.

8 Amalan tazkirah dalam waktu solat tarawih di masjid dan surau. Di seluruh negara.

9 Sekolah tahfiz al-Quran telah berkembang pesat atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan Selepas itu berkembang di seluruh negara, termasuk inisiatif swasta.

10 Perbankan Islam dicetus di Kelantan ekoran tindakan memindah akaun kerajaan kepada Bank Islam Merangsang bank-bank konvensional membuka kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah/Sistem Perbankan Islam.

11 Penggunaan wang syariah beteraskan emas dan perak melalui Dinar dan Dirham Kelantan mendapat sambutan hangat dan alternatif dalam sistem pertukaran/ perniagaan. Kelantan mendahului negeri-negeri lain, termasuk menjayakan hasrat Dr. Mahathir sebelum bersara dari Perdana Menteri; menambahkan lagi produk perniagaan Islam untuk menghalang riba.

12 Mencetuskan produk pelancongan Islam – industri pelancongan agama dengan menjadi masjid, pusat pengajian pondok, dan bulan Ramadhan sebagai produk agama, termasuk membuka Kariah Ramadhan setiap tahun. Memberi ilham kepada kemajuan industri pelancongan negara untuk menarik pelancong umat Islam dari negara Arab datang ke Malaysia.

13 Cuti hari Sabtu/dua hari dalam seminggu bagi pejabat Kerajaan Negeri Diterima pakai oleh Kerajaan Pusat.

14 Pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, November 2005 Dtiru oleh Kerajaan Terengganu – Kuala Terengganu Bandar Raya Pesisir Air.

15 Cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan awam wanita Diterima pakai di Terengganu (rea pentadbrian PAS) dan dipakai oleh kerajaan Pusat.

16 Memula dan menangguhkan majlis/ mesyuarat berpandukan “etika pentadbiran Islam” membaca al-Fatihah/ al-Asri dan tasbih kafarah Dipakai oleh kerajaan Pusat – dibuat pengubahsuaian, antaranya bacaan al-Fatihah diubah kepada bacaan doa.

17 Membina masjid seni bina tradisi Cina untuk Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra (dikenali Masjid Beijing) di Rantau Panjang tahun 2008. Ditiru oleh Persatuan Muslim Cina dan JAKIM.

18 Melaksanakan skim khairat kematian “takaful kifalah” untuk warga emas. Turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kemudian ditiru oleh pihak Barisan Nasional atas nama “Takaful Merdeka.”

19 Merakyatkan pembangunan menerusi projek “Ladang Rakyat.” Diterima pakai Kerajaan Selangor sebagai “merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”; turut ditiru oleh Perdana Menteri – dijadikan slogan “...rakyat didahulukan.”

20 Berkat pentadbiran Islam yang menaungi rakyat, kini seruan ‘Allahu Akbar’ telah mendapat ampun perkenan Tuanku Sultan Muhammad ke-V menggantikan seruan tradisi ‘daulat tuanku’ Natijah ini telah melengkapkan fungsi dan kedudukan Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri yang dilihat telah mendahului negeri-negeri lain ke arah memartabatkan Islam sebagai dasar mentadbir negeri.

Semoga, diberkati Allah dan Kelantan terus berkat dan makmur. Amin ya Rabbal 'Alamin-

Tranungkite: Disiarkan kembali; moga dengan keizinan

 


Lihat pulak gambar di bawah bagaimana penyokong bola sepak Kelantan sembahyang berjamaah di stadium. Hebat kan Kelantan.
Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain. Muslimeen United
Lihat gambar di bawah. Bolehkah negeri-negeri lain menandinginya


   
 Gambar oleh Afendy Latif                                                                                               
 indah.com 27 Mei

2 comments:

  1. subhanallah..indah sekali dilihat nya..

    ReplyDelete
  2. Saya sangat suka dengan entri ini..saya mintak share kat facebook ye..Tq..

    ::Permata::

    ReplyDelete