Monday, May 2, 2011

Lagi Video Lucah dari Thailand

Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima CD dari Thailand melalui pos udara sepertimana Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Minggu lepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.

Kata Uthayakumar pelaku dalam video seks itu bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya
ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu dicop 25 April daripada Songkla, Thailand 

Katanya beliau menonton video itu bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan Anwar “. kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

2 Mei 2011

2 comments: