Monday, May 2, 2011

Bagaimana Osama bin Laden Terbunuh

ISLAMABAD — Beberapa siaran televisyen Pakistan menayangkan wajah Osama bin Laden yang berlumuran darah setelah Pemerintah AS mengistiharkan pemimpin Al Qaeda ini terbunuh.

Beberapa stesyen televisyen Pakistan menayangkan gambar sosok wajah berjanggut tebal berwarna hitam tanpa terlihat warna keputih-keputihan seperti tayangan video yang pernah beredar dan memperlihatkan warna janggut Osama bin Laden semasa ia hidup. 

Tumpulan darah kelihatan pada bahagian kening dan pelipis bahagian kirinya. Mata bahagian kanannya tertutup, sementara bahagian putih dari mata sebelah kirinya masih terlihat dalam tayangan televisyen. Mulutnya sedikit terbuka sehingga memperlihatkan bahagian giginya. 

Serangan ini dikendalikan Pasukan Khas Angkatan Darat AS

Terbongkarnya persembunyian bin Laden di dalam wilayah Pakistan khabarnya mungkin akibat tekanan politik terhadap Islamabad.

Berita Pemimpin Alqaeda Osama bin Laden bersembunyi di satu rumah mewah dekat akademi tentera Pakistan mungkin dibocorkan oleh orang dalam. Tempat persembunyiannya sekitar dua jam perjalanan dari Islamabad, ketika dia terbunuh dalam operasi dramatis pimpinan CIA.

Operasi inteligen ini melibatkan sejumlah helikopter dan pasukan darat pada Ahad malam kira-kira jam 1.30 pagi waktu Pakistan.


Seorang fotografer Reuters di kota lembah Abbotabad yang ada di utara Islamabad mengatakan bahawa polis telah menyekat jalan menuju kawasan itu ketika serangan besar malam hari itu dilancarkan.

"Setelah tengah malam, sejumlah besar anggota pasukan komando mengepung rumah tersebut. Tiga helikopter terbang di atasnya. Tiba-tiba muncul tembakan dari bawah mengarah ke helikopter-helikopter itu ," kata Nasir Khan, seorang warga kota itu.

"Tembakan itu menyebabkan sebuah helikopter jatuh, membunuh seorang tentera dan dua lagi luka.” kata Khan yang mengaku menyaksikan peristiwa dramatis dari atas bumbung rumahnya.



No comments:

Post a Comment