Monday, May 2, 2011

Zed Zaidi kahwin rakan Facebook

 SALAM perkenalan sebagai seorang rakan yang bermula daripada laman sosial Facebook telah berubah menjadi bibit-bibit cinta antara pelakon Zed Zaidi dan Natalia, 28 hingga membawa mereka ke jinjang pelamin. 

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil kelihatan berseri-seri pada majlis pernikahannya dengan Natalia Halimatun Mustafa Kamal yang berlangsung di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur pada 29 April lalu. 

Zed selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein dengan sekali lafaz.

Bicara Zed, hatinya terbuka untuk melamar Natalia yang lebih mesra disapa Nelly setelah pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun 2009.
"Kami berkenalan di Facebook sejak tiga tahun lalu. Pada asalnya, kami merupakan rakan biasa sahaja sehinggalah selepas saya pulang menunaikan umrah. 

"Perasaan itu datang dengan sendiri. Sememangnya dia wanita yang paling rapat dengan saya ketika itu dan tidak sangka rakan baik saya merupakan jodoh saya. 

Tambah Zed, Nelly ialah seorang wanita yang sentiasa memahami dirinya dan selalu ada bersamanya sewaktu susah dan senang. Dia sanggup menjadi pendengar setia ketika dirinya dilanda masalah.
Pada hari tersebut, Nelly menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM20,000. 

Dia juga menerima sebentuk cincin dan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada beg tangan Christian Dior, wangian Jeanne Lanvin, set barangan solek Chanel, sepasang kaca mata Prada, seutas jam tangan Guess, semangkuk manisan dan sirih junjung. 

Berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan ialah senaskhah al-Quran, sebuah pemain MP5, seutas jam tangan French Connection, kamera DSLR Canon, sepasang cermin mata Porche Design, sebuah laptop Toshiba, wangian Davidoff Champion, sirih junjung serta manisan.

No comments:

Post a Comment