Tuesday, May 17, 2011

Mayat dicuri sebagai tebusan

NICOSIA: Tiga lelaki diperentahkan  dipenjara sehingga 20 tahun oleh sebuah mahkamah di Cyprus semalam kerana mencuri mayat bekas presiden negara itu, Tassos Papadopoulos. 

Mayat ahli politik itu dicuri pada akhir 2009 dan disembunyikan di tanah perkuburan lain di pinggir Nicosia. Tertuduh tersebut ialah dua warga Greek dan seorang India.

Mayat itu ditemui oleh polis tiga bulan kemudian selepas lelaki warga India itu menghubungi keluarga Papadopoulos untuk meminta wang tebusan.

Menurut kata hakim, seorang daripada tertuduh mengarahkan adiknya menggali kubur berkenaan dan melarikan mayat ke kubur lain dengan harapan dia boleh merundingkan pembebasannya atas dua kesalahan membunuh.

No comments:

Post a Comment