Tuesday, May 17, 2011

Mengacu pisau bagi merampas anaknya,

Siti Fairus dan gambar anaknya
Sungai Petani : Seorang lelaki yang bergelar suami sanggup mengacu pisau kepada ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

Pada kira-kira 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

Selepas beredar bersama anaknya, lelaki itu menghantar SMS kepada Siti fairus dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku'. 

Siti Fairuz berkata , sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.

“Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment