Seorang anggota pasukan helikopter CH 53 marine AS duduk di pintu belakang helicopter ketika mereka terbang melewati daerah Marjah, Wilayah Helmand, Pakistan, Selasa 3 Mei 2011
Walaupun operasi membunuh Osama memakan masa 40 minit saja, tetapi persiapan untuk menjayakan operasi tersebut memakan masa yang lama. Satu dekad Osama berjaya menyembunyikan diri, tetapi akhirnya terperangkap hanya dengan satu panggilan telefon saja.
Dengan sedihnya, ceritanya bermula dari sini;
Pada December 2001 Amerika melancarkan serangan besar-besaran di pergunungan Tora Bora dengan niat memburu Taliban terutamanya Osama, tetapi Wira Perkasa itu berjaya meloloskan diri. Sejak itu beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain dan menghindari pembicaraan telepon atau bentuk komunikasi elektronik lain yang boleh diakses CIA.
Satu-satunya cara yang selamat untuk berkomunikasi adalah melalui pembawa pesan, orangnya adalah seorang yang dipercaya Osama dengan seluruh jiwa raganya.
CIA sedar bahawa pembawa pesan ini adalah kunci menuju tempat persembunyian Osama. Masalahnya, mencari orang itu hampir sama susahnya dengan mencari Osama sendiri.
Daripada banyak anggota Al Qaeda yang ditahan CIA sejak peristiwa 11 September 2001, hanya terdapat nama samaran seorang pembawa pesan tersebut, yakni Abu Ahmed al-Kuwaiti. Tetapi pemimpin nombor tiga Al Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed, mengakui mengenal al-Kuwaiti, tetapi menafikan orang itu ada hubungan dengan Al Qaeda.
Pada tahun 2004, CIA telah menangkap Hassan Ghul, seorang tokoh operasi kumpulan Al Qaeda, dan mendapat kepastian bahawa al-Kuwaiti adalah orang hubungan Osama. Ghul juga mengatakan, al-Kuwaiti adalah orang kanan Faraj al-Libi yang menggantikan Khalid Sheikh Mohammed sebagai komandan operasi Al Qaeda.
Pada Mei 2005, Faraj al-Libi pula tertangkap. Beliau mengaku pada CIA bahawa beliau adalah pengganti Khaled Mohammed. Tetapi beliau menafikan mengenali Al-Kuwaiti.
Daripada percakapan-percakapan yang didengari, CIA tahu Mohammed dan al-Libi ada hubungan dengan al-Kuwaiti, maka CIA makin yakin bahawa al-Kuwaiti adalah orang penting . Tetapi masalahnya, Khaled Mohammed dilaporkan tak menyebut nama al-Kuwaiti sedikit pun walau disiksa dengan teknik waterboarding.
Melalui hubungan dengan para perwira kelas menengah Al Qaeda dan keluarganya, akhirnya CIA mendapat identiti sebenar al-Kuwaiti, iaitu namanya Sheikh Abu Ahmed, warga Pakistan yang lahir di Kuwait.
Meskipun demikian, CIA tidak tahu di mana Abu Ahmed Al-kuwaiti berada. Dua tahun lalu mereka hanya tahu Ahmed dan seorang saudaranya beroperasi di suatu tempat dekat Islamabad, Pakistan.
Nak dijadikan cerita malang, pada pertengahan 2010 Ahmed Al-Kuwaiti menelepon seseorang yang sedang diawasi CIA. Satu panggilan telepon ini menjadi titik permulaan CIA bagi membuka jalan untuk menjejaki tempat persembunyian Osama.
Ogos 2010, agen-agen rahsia AS akhirnya menemukan tempat tinggal Ahmed Al-Kuwqaiti di sebuah rumah besar di Abbottabad, Pakistan. Ia tinggal bersama keluarganya dan satu keluarga lagi yang tinggal di rumah tertutup dinding tinggi itu.
Sejak itu, CIA bersama Badan Keamanan Nasional AS (NSA) dan Badan Inteligen Geospasial Nasional (NGA), yang menganalisis gambar satelit dan foto dari kapal terbang rahsia , memusatkan perhatian pada rumah tiga tingkat itu.
Daripada pemerhatian teliti berbulan-bulan , akhirnya badan perisik yakin ini adalah tempat persembunyian tokoh penting Al-Qaeda, dan berkemungkinan besar ia adalah Osama.
Jadi pada Jumaat 29 April 2011, Presiden Barack Obama, memerintahkan operasi tentera untuk menyerbu rumah itu. Di sini dan saat inilah akhir hidup Osama bin Laden telah ditakdirkan.
Kalau benar ianya shahid, didoakan beliau bersama yang terbunuh diampuni dosa dan ditempatkan bersama pada shuhada.
(AFP/Reuters)
semoga dirahmati..
ReplyDelete