KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.
Katanya “Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai.
“Pendedahan terbaru ini tiada kena-mengena dengan rakaman video seks, ini soal lain,” katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan berhubung kekecohan yang berlaku ketika beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As.
Shazryl, salah seorang “Datuk T” pada 21 Mac lalu telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.
Pada sidang media ringkas itu juga Shazryl juga menafikan dakwaan kononya rakaman video seks itu dibuat di Thailand ekoran klip yang disiarkan di laman Youtube mempunyai perkataan Thailand.
“Saya tidak tahu, video yang saya dapat hanya ada tarikh sahaja dan tiada perkataan-perkataan lain.
“Video itu diperoleh di Malaysia,” katanya sambil menambah terpaksa memakai baju kalis peluru ketika melakukan sumpah laknat kerana bimbang akan diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada di Masjid Amru al-As.
Bila ditanya tentang qazaf, jawabnya “Saya tidak buat qazaf sebab saya tidak tuduh Anwar berzina, saya tanya betulkah beliau?” katanya.
Pulak dahhh. Lidah biawak betul. Baru saja dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian.
Tentang baju kalis peluru pulak katanya, baju kalis peluru adalah miliknya sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak.
“Ia baju saya sendiri sebab sebelum ini saya adalah konsul besar Thailand dan jurucakap untuk negara ini dalam soal keamanaan, jadi anda tahu bagaimana keadaan di sana?
“Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib saya tidak tahu daripada mana mereka dapat,” katanya.
Selain itu, beliau juga meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat yang mencetuskan kekecohan ketika upacara sumpah laknat itu meminta maaf kepada umat Islam.
“Ya... ya.. mereka perlu minta maaf kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam masjid.
“Saya minta Allah melaknat saya, bukan saya minta melaknat orang itu... saya minta Allah laknat saya kenapa perlu halang?
“Kenapa perlu halang saya minta Allah laknat saya? Masjid bukan tempat buat kecoh,” katanya.
Shazryl pada 27 April telah memberikan sampel DNA kepada pihak polis bagi membantu siasatan rakaman video seks itu.
Mengulas keterangan yang diberikan hari ini, Shazryl berkata menerima panggilan telefon pagi tadi meminta beliau hadir ke Balai Polis Kepong untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku itu.
“Saya hadir pada pukul 11 pagi sehingga 1.30 petang tadi. Dalam keterangan itu mereka bertanyakan bagaimana keadaan yang berlaku dalam masjid itu dan saya telah memberikan kerjasama ,” katanya.
Tambah Shazry, Rahim dan Shuib juga akan memberi keterangan hari ini.
Kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As itu diketuai Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan kepimpinan sayap pemuda PKR itu selain mendapat sokongan penyokong Pakatan Rakyat.
suntingan dari themalaysianinsider
mamat ni memang putaq alam laaa....
ReplyDelete