Friday, May 20, 2011

mengapa PKR tidak boleh dibatalkan pendaftarannya. INI JAWAPAN PKR.

PETALING JAYA - PKR berkemungkinan jadi pertubuhan tidak sah jika gagal menyatakan sebab parti itu tidak wajar dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga 9 Jun ini.

Dalam surat tunjuk sebab yang dialamatkan kepada Presiden PKR, ROS memberi alasan parti itu melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan A Rajagopal pada 2009.

Pada sidang media menjawab isu itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan alasan ROS aneh sebab tidak pernah wujud subseksyen dalam fasal itu.
Menurutnya, Fasal 32 juga bukan berkaitan dengan prosedur disiplin.

“Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan PKR. Perkara aneh ini mencerminkan niat jahat. Apakah ROS tidak membuat semakan per¬lembagaan PKR yang diluluskan mereka sendiri?” katanya di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun 2011.

Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan selepas 9 Jun melainkan parti itu menyatakan sebab.

Katanya, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya A Jayagopal.

Katanya, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada mesyuarat 26 April 2009 kerana bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.

“Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.

“Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, PKR menghantar notis jawapan kepada ROS, petang semalam.
Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disiplin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan UMNO

No comments:

Post a Comment