Friday, May 20, 2011

Muhyiddin Mengaku PRU 13 dijangka getir bagi BN:

2011/05/20
BALING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berkata pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif.

"Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Beliau berkata BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.

"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.

Muhyiddin berkata, setiap anggota UMNO hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008.

"Saya bersyukur semangat ahli-ahli UMNO bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya. 
Mandat semasa akan berakhir 2013 tetapi spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan tahun ini ataupun awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment