SEOUL -Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae-woo, 78 dibawa ke rumah sakit karena mengeluh batuk yang tak berhenti. Media setempat menyatakan, Roh menjalani pembedahan pada Isnin 2 Mei untuk mengeluarkan jarum akupunktur sepanjang 6.5 sentimeter dari paru-parunya,
Roh menjadi Presiden Korea Selatan antara 1988 - 1993.
Para doktor terkejut dan heran, bagaimana jarum akupunktur itu boleh bersarang di paru-paru Roh. Kesihatan Roh dikhabarkan terus menurun sejak 2002 setelah beliau menjalani pembedahan kanser prostat.
"Saya tak boleh membayangkan bagaimana jarum tersebut boleh ada di sana," kata Dr. Sung Myung-whun kepada wartawan di rumah sakit itu setelah selesai pembedahan.
Ahli akupunktur yang pernah merawat Roh juga heran kerana ketika merawat Roh, dia sama sekali tidak pernah menusuk bahagian paru-paru bekas presiden itu kerana tak ada prosedur mereka yang melibatkan penusukan paru-paru. Sumber Reuters
No comments:
Post a Comment