Friday, May 6, 2011

Cukai tanah UUM yang terendah di Malaysia. Bayar sebelum 2 Jun

Kerajaan Negeri Kedah semalam telah menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung penyambungan pemberian rebat cukai tanah di kampus universiti itu di Sintok atas alasan ia masih rendah berbanding cukai di universiti-universiti lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, UUM diberi masa sehingga 1 Jun ini untuk menjelaskan cukai sebanyak RM1.7 juta atau didenda RM91,000.

Menurut Azizan, Pejabat Galian dan Tanah (PTG) tidak menyambung pemberian rebat cukai tanah untuk tempoh lima tahun lagi kerana ia akan menyebabkan kerajaan negeri kerugian kira-kira RM8 juta.

Menurut beliau, cukai yang dikenakan terhadap UUM yang paling rendah jika di banding dengan universiti lain.

UUM Cuma kena bayar 20 sen untuk satu meter persegi
Universiti Sains Malaysia RM2.50
Universiti Teknologi Mara di Merbok Cuma RM0.50

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.

“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment