ISLAMABAD - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan dilaporkan mula bertegang urat mengenai nasib seorang wanita dipercayai isteri muda Osama Ben Laden.
Amal Al-Sadah menjadi fokus utama perebutan penjagaan antarabangsa apabila Pakistan enggan memberikan kebenaran kepada AS untuk menyoal siasat wanita itu.
Amal, 27, berasal dari Yaman dilaporkan cuba menjadikannya dirinya sebagai perisai semasa tentera AS menyerbu rumah Osama, menyebabkannya ditembak di kaki.
Siapakah Amal Al-Sadah?
Dia adalah gadis remaja yang dibawa dari sebuah kota yang tenang di Yaman Selatan, ke Pakistan, kemudian ke Kandahar di Afganistan selatan. Setahun sebelum serangan 11 September 2001, ia menjadi isteri kelima Osama bin Laden. Ketika itu, Amal berusia 18 tahun dan Osama 43 tahun. Khabarnya isteri pertama dan kedua meninggalkan Osama kerana tidak tahan menjadi pelarian.
Perkawinan itu diatur seorang tokoh Al Qaeda Yaman, Sheikh Mohammed Saeed Rashed Ismail. Beliau mengatakan kepada Yemen Post pada 2008, "Saya adalah pengatur perkahwinan Osama dengan isterinya, Amal al-Sadah, yang merupakan salah seorang murid saya."
Bulan Julai 2000, Ismail mendampingi pasangan pengantin baru itu ke Afganistan. Tahun lalu, Ismail mengatakan kepada wartawan Hala Jaber, "Bahawa Amal seorang wanita solehah dan beriman begitu juga dengan Osama .
Pengawal Osama pada waktu itu, Abu Jandal, bertanggung jawab untuk menghantarkan mahar. "mewakili Osama sebanyak 5,000 dollar US kepada keluarga Amal Al-Sadah di Yaman.
Perkahwinan itu dirayakan dengan meriah termasuk bacaan puisi dan lagu, menyembelih anak-anak domba, dan jamuan yang mewah ." Menurut Abu Jandal, "lagu-lagu dan kegembiraan bercampur dengan tembak-tembakan ke udara".
Setahun setelah pernikahan itu, Amal al-Sadah melahirkan seorang anak perempuan di Kandahar, yakni beberapa hari selepas serangan 11 September 2001 . Anak itu diberi nama Safiyah. Anak itulah yang mungkin, menurut jurucakap Pakistan, telah menyaksikan ayahnya ditembak mati pada minggu lalu. Ibunya, menurut sumber-sumber Pakistan, kini telah pulih dari luka di kaki setelah dirawat di sebuah hospital tentera di Rawalpindi dan Pakistan memutuskan akan menghantarnya pulang ke Yaman selepas pulih dari kecederaan seperti didakwa.
Kad pengenalan yang dipercayai Amal dijumpai di kompleks persembunyian itu.
Tidak jelas apakah Osama dan Amal memiliki anak lainnya. Namun, pemimpin Al Qaeda itu memiliki lebih dari 20 anak dari lima isteri. Salah satu puteranya juga dilaporkan terbunuh dalam serangan di kompleks Abbottabad di Pakistan itu.
Seorang penganalisis CNN, Peter Bergen, telah menulis tentang pernikahan Osama dalam bukunya, The Osama bin Laden I Know: An Oral History of al Qaeda's Leader. Osama pertama kali menikah pada usia 17 tahun dengan sepupunya, Najwa Ghanem, yang mungkin dua tahun lebih muda dari Osama. Mereka punya 11 anak.
Isteri kedua Osama adalah Khadijah Sharif, sembilan tahun lebih tua dari Osama, seorang perempuan berpendidikan tinggi dan keturunan Nabi Mohammad SAW. Mereka menikah tahun 1983 dan mempunyai tiga anak.
Isteri ketiga bernama Khairiah juga perempuan berpendidikan tinggi dan bergelar doktor falasafah dalam syariah. Perempuan itu menikahi Osama tahun 1985 dan mereka mempunyai seorang putera.
Isteri keempat Siham Sabar yang menikahi Osama tahun 1987. Mereka punya empat anak.
Amal Al-Sadah adalah isteri kelima dan termuda Osama. Amal pernah dihantar pulang ke Yaman demi keselamatannya, tapi entah kenapa dia kembali ke tempat Osama.
Penganalisis CNN, Paul Cruickshank, mengatakan, tidak mengherankan jika di kompleks di Abbottabad yang diserang pasukan AS pada minggu lalu terdapat ramai kanak-kanak meskipun tidak diketahui berapa orang yang merupakan anak Osama. "Dia berusaha melatih anak-anaknya untuk mengikuti jejaknya." Isteri dan anaknya diajar menggunakan senjata api.
Secara keseluruhan, menurut Abu Jandal, Osama memiliki 11 putera, tetapi tidak diketahui berapa puterinya.
Beberapa minggu setelah peristiwa 11 September, Osama pernah mengatakan kepada wartawan Pakistan, Hamid Mir, bahwa ia punya rancangan untuk puteri bungsunya, Safiyah,anaknya bersama Amal . "Saya menjadi seorang ayah dari seorang gadis setelah 11 September," katanya. "Saya memberi nama dia Safiyah, yang pernah diceritakan dalam sejarah : Safiyah membunuh seorang mata-mataYahudi pada zaman Nabi. Puteri saya ini juga akan membunuh musuh-musuh Islam .”
No comments:
Post a Comment