Apa cerita, dah tiga CD dipos dari Thailand kepada individu tertentu. Mungkin polis kena tipu dengan Eskay. Malunya kat dunia, polis Malaysia kena tipu.
Oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.
“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”
No comments:
Post a Comment