May 01, 2011
HONG KONG, 1 Mei — Sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, Hong Kong memperkenalkan gaji minimum yang dijangka akan memanfaatkan 270,000 pekerja peringkat bawahan atau 10 peratus tenaga kerja bekas wilayah Britain itu.
Dengan dasar baru itu, para pekerja akan menerima gaji minimum HK$28 (AS$3.60 atau £2.18) sejam, yang bersamaan dengan RM11 sejam.
Paras HK$28 itu bersamaan dengan RM10.60.
Kesatuan sekerja Hong Kong menuntut gaji minimum HK$33 (RM12.58) sejam.
Undang-undang itu diluluskan ekoran tekanan awam untuk merapatkan jurang pendapatan di wilayah itu.
Bagaimanapun gaji minimum dibantah oleh oleh komuniti bisnes yang mengatakan bahawa kosnya terlalu tinggi.
Pemimpin-pemimpin perniagaan pula mengatakan bisnes-bisnes kecil akan dipaksa membuang pekerja.
Kecuali Singapura, kebanyakan negara di rantau Asia kini mempunyai gaji minimum, kata laporan BBC.
Malaysia juga sedang mempertimbangkan gaji minimum dengan laporan mengenai kadarnya dijangka diumumkan minggu depan.
Dasar baru Hong Kong itu dijangka akan menaikkan upah diterima buruh kasar, pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja restoran.
“Majikan tidak boleh menekan sektor masyarakat yang berpendapatan kecil,” kata Lee Cheuk-yan, ketua Persekutuan Kesatuan Sekerja Hong Kong.
Kesatuan sekerja memperjuangkan gaji minimum HK$33 sejam dan ramai mengatakan kenaikan itu tidak akan membantu menampung peningkatan kos.
No comments:
Post a Comment