Friday, June 17, 2011

51 laman web milik agensi kerajaan digodam.Laman Web KRU pun kena jugak

 KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, sehingga awal pagi semalam, 41 daripada jumlah itu mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Menurutnya, serangan tersebut dikesan bermula pada pukul 11.30 malam kelmarin dan menjangkakan tempoh memulihkan kesemua laman web tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin berkurangan menjelang pukul 4 pagi semalam (kelmarin) dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.kosmo

Laman web KRU studios yang  digodam  ditutup sementara, khabarnya  kini telah pulih semula. Apa halnya dengan KRU.

Ada kah mungkin sebab Norman Abd Halim dan RIM  bersuara jugak  pasal hakcipta lagu? Lain kali berhati-hati.

Di Sinar. FM petang 16 Jun   khabarnya , Norman mencadangkan jiwang orang disekat kerana terlalu banyak  lagu dimuat turun dengan percuma.    Sekarang ni kalau nak cakap kena berpada-pada.
Khabarnya fan page /facebook  Norman pun kena tutup di Facebook.Hadoiii Norman.

Penggodam  dipercayai dilakukan oleh kumpulan penggodam Malaysia. Mereka memperkenalkan  diri sebagai Kambing Merah dengan lambang Dragon Force. 
 
Malaysia boleh !

No comments:

Post a Comment