Frank Lampard, pemain bola sepak pasukan Chelsea sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya.
Perkara yang menarik dilakukan semasa dia bercuti ke Amerika ialah melamar kekasihnya. Seperti scene dalam filem. Dia melawar kekasihnya, Christine Bleakley sambil melutut. Romantiknya…membuatkan tunangannya itu terkejut dan menangis kerana terharu.
Peristiwa ini diceritakan Bleakley sendiri kepada The Sun.
Lampard dan Bleakley berkenalan selama 18 bulan. Mereka kini bercuti dua minggu di California. Sebelum ini teman wanita Lampard ialah Elen Rivas. Bersama Elen , mereka mendapat dua cahaya mata, Luna dan Isla.
"Ini sangat peribadi . Ketika kami sedang makan tengahari di pantai dan tiba-tiba dia melamarku dengan cara romantis sekali . Ini sangat mengagumkan dan aku terus menangis," cerita Bleakley.
No comments:
Post a Comment