Friday, June 17, 2011

Juri Dipenjara 8 bulan kerana berhubungan dengan tertuduh

Joanne Fraill 

London - Seorang juri yang tertangkap kerana melakukan kontak dengan defenden melalui laman sosial Facebook selama proses mahkamah berjalan , dijatuhkan hukuman delapan bulan penjara.

Joanne Fraill 50, mengaku bersalah atas tuduhan   melakukan penghinaan terhadap mahkamah kerana hubungannya dengan tertuduh , Jamie Seward. Mengikut undang-undang , sebagai seorang juri , tidak boleh berhubungan dengan tertuduh maupun pihak lain yang terlibat dalam kes mahkamah, demi menjaga independensi.

Menurut hakim Igor Judge, pada Khamis 16 Jun seperti dilaporkan washingtonpost.com, tindakan Fraill jelas-jelas bertentangan dengan sumpahnya sebagai juri.

Fraill merupakan juri pertama di England yang didakwa menggunakan Internet selama kes mahkamah berjalan. Ia berlinangan air mata ketika keputusan dibacakan.

No comments:

Post a Comment