Gaga memakai gaun daging dalam penghargaan musik MTV 2010.
Gaun diperbuat dari daging yang dipakai bintang pop Amerika Syarikat Lady Gaga akan dipamerkan di Rock and Roll Hall of Fame.
Gaga menggunakan gaun dengan lapisan daging Argentina ketika muncul di pentas ketika menerima penghargaan muzik video MTV tahun 2010.
Pakaian dari bahan dasar daging itu dijahit dengan tangan dan telah disimpan didalam almari pengawet daging sebelum dibawa ke muzium.
Gaun itu juga dicat semula untuk menjaga keaslian warnanya.
Juru cakap muzium Rock and Roll Hall, Margaret Thresher memberitahu gaun itu sudah kelihatan agak malap ''gelap, daging pudar,'' itulah sebabnya mengapa dicat semula untuk memberi penampilan yang lebih ceria.
Gaun itu dipakai Gaga ketika menerima penghargaan video terbaik untuk lagu Bad Romance itu dibuat oleh pereka fesyen, Franc Fernandez dan Nichola Formichetti.
Gaga dalam satu temu bual dengan pengacara Ellen DeGeneres mengatakan yang gaun itu memiliki ''banyak interpretasi''.
Dia mengatakan ''Jika kita tidak memperjuangkan pada apa yang kita percaya, dan kita tidak memperjuangkan hak kita, maka kita akan cepat jadi seperti daging yang menampal ditulang kita. Dan saya bukan seperti daging.''
Gaun ini dipamer sebagai sebahagian dari pameran Women Who Rock: Vision, Passion, Power yang akan berlangsung hingga Februari 2012.
Selain itu gambar Lady Gaga , gubahan muzik dan pakaian dia lainnya juga akan dipamer.
indah.com 17Jun
indah.com 17Jun
No comments:
Post a Comment