Saturday, June 18, 2011

Amerika Syarikat Menarik Balik 200 Tuduhan Jenayah Ke atas Osama


New York – Dalam deretan tuduhan ke atas Osama peliknya satu pun tidak ada tuduhan yang berkaitan dengan serangan 11 September di New York, AS.

Tuduhan itu mencakupi lebih dari 200 macam kegiatan jenayah seperti pembunuhan, konspirasi untuk menggunakan senjata, bom terhadap penduduk awam.

Hakim Daerah AS, Lewis Kaplan bersetuju dengan permintaan tersebut, sebagai prosedur biasa kerana tertuduh telah meninggal.

Perincian tuduhan antara lain Osama ben Laden terlibat pengeboman kedutaan besar AS di Kenya dan Tanzania pada 1998.

Osama disahkan meninggal berdasarkan DNA miliknya, analisis pengenalan wajah dan pengesahan dari salah seorang isteri beliau.

"Ujian DNA memastikan bahawa contoh dari serangan di Abbottabad, Pakistan itu secara genetik padan dengan profil DNA komprehensif yang terdapat pada Ben Laden," Lapor seorang pegawai seperti diambil dari Yahoo.com, pada Sabtu 18 Jun.

Kemungkinan kesalahan identifikasi hanya satu dalam 11.8 kuadrilion.
indah.com 18 Jun

No comments:

Post a Comment