Sunday, June 19, 2011

BANDUAN TERTUA KELUAR PENJARA


Lucknow, India - Brij Bihari Pandey yang berusia 108 tahun, dipenjarakan kerana pembunuhan yang ia lakukan pada usia 84 tahun, dibebaskan dari penjara

Pandey, seorang pendeta Hindu, dibebaskan pada Jumaat oleh sebuah mahkamah di negara Uttar Pradesh, India utara dengan alasan kemanusiaan. Pegawai penjara mendapati amat sukar untuk menjaga dan merawat "tawanan tertua dalam sejarah penjara India itu".

"Sukar untuk merawat tawanan berusia 108 tahun. Kami merayu untuk pembebasannya, dan mahkamah menerimanya,” kata S.K. Sharma, Warder Penjara Gorakhpur, 300 kilometer dari ibukota negara itu, Lucknow.

Ketika usianya 84 tahun, Pandey bersama 15 orang lainnya, kebanyakannya terdiri dari ahli keluarganya telah membunuh empat orang kerana warisan sebuah lembaga agama Hindu.

Pada 2009, ia didapati bersalah dan dipenjarakan.
Orang tua ini kerap sakit dan lemah ,terpaksa dibawa ke rumah sakit dan sebahagian besar waktunya terbaring di tempat tidur.

Pandey begitu gembira atas pembebasannya pada Jumaat lalu dan dengan senyuman dia memeluk rakan-rakan yang masih dipenjarakan.

Beberapa pegawai penjara memberitahu Pandey menerima kalungan bunga dengan senyum lebar dan mengatakan "Tuhan yang agung. Terima kasih".
indah.com 19 Jun

No comments:

Post a Comment