Kononnya ini gambar lembu yang diseksa |
Sydney - Satu penyelidikan oleh Kelompok Hak-hak Asasi Binatang Australia, yang mengikuti pengiriman haiwan ternakan dari pelabuhan di Australia hingga ke rumah sembeleh haiwan di Indonesia menyatakan adanya perlakuan kekejaman seperti ternakan dicambuk, ditendang dan dibuat berdarah sehingga mati .
Animals Australia melakukan penyelidikan setelah sebuah industri penternakan di Australia melaporkan adanya perlakuan tidak sewajarnya terhadap binatang ternakan mereka yang di ekspot ke Indonesia. demikian menurut Glenys Oogjes dari Kelompok Hak-hak Asasi Binatang sebagaimana CNN melaporkan pada I mei lalu.
Dengan bantuan pekerja Indonesia di rumah-rumah sembelih tersebut Animals Australia memfilemkan penyiksaan yang terjadi di 11 rumah sembelih, termasuk pada malam hari, kata Oogjes.
"Tujuan utama kami adalah untuk membuktikan apa yang kami baca dalam laporan industri, apakah memang seburuk yang kami dengar," katanya. "Tujuan kami adalah melaporkan kepada masyarakat Australia apa yang sebenarnya terjadi kepada ternakan kami yang diekspot ke Indonesia dan untuk menghentikan perlakuan buruk terhadap haiwan-haiwan kami, serta menghentikan perdagangan ke Indonesia."
Siri filem tersebut, disiarkan di televisyen Australia, menunjukkan ternakan dipukul dan mengambil masa yang lama untuk mati setelah leher haiwan-haiwan itu disembelih.
Mengikut laporan itu ternakan tersebut tidak dipotong sesuai standard pemotongan halal menurut agama Islam, kata Oogjes. "Haiwan semestinya diperlakukan dengan baik dan harus menghadap ke arah Mekah/Qiblat ketika mereka disembelih. Penyelidikan kami melaporkan bahawa hal-hal ini tidak dilakukan," kata Oogjes sebagaimana dilaporkan CNN.
Kata Oogjes "dalam filem itu haiwan-haiwan itu disembelih dan dipotong-potong dihadapan haiwan lainnya, itu jelas tidak halal."
Penayangan filem itu mencetuskan kemarahan warga Australia terhadap kementerian pertanian negara itu dan puluhan ribu tanda tangan dalam sebuah petisyen online. Mereka marah dan menuntut larangan ekspot ternakan ke Indonesia, kata Oogjes.
Pada Rabu 1 jun, Persatuan Doktor Haiwan Australia juga bergabung untuk menyerukan supaya penangguhan sementara perdagangan ternakan ke Indonesia sehingga peraturan penyembelihan haiwan yang lebih baik dilakukan.
Menteri Pertanian Australia telah mengarah seorang pegawai untuk menangani masalah ini, kata Oogjes. "Pegawai tersebut mengatakan bahawa ternakan tidak akan dikirim ke 11 rumah sembelih haiwan yang telah diselidiki oleh Animals Australia," kata Oogjes.
No comments:
Post a Comment