Lima, Peru : Selasa 31 Mei : Paling kurang 20 orang terbunuh dan 34 orang lagi cedera, apabila sebuah bas yang terbabas lalu terjun ke jurang di Pergunungan Andes, Peru, kata polis nasional.
Kebanyakan mereka yang selamat dalam kemalangan awal pagi tersebut menderita luka parah, kata juru cakap polis di kota Ayacucho, yang berada 320 kilometer di sebelah timur-laut Lima.
Lebih dari 50 penumpang berada di dalam bas tersebut , yang sedang dalam perjalanan dari Lima menuju Ayacucho.
Ada mayat yang terpelanting dan parah kerana dentuman yang kuat ," kata polis . Ditambahkannya, petugas pertolongan berusaha menemukan mayat yang tersepit di antara bas yang rusak teruk.
Jalan raya Peru adalah di antara jalan yang paling berbahaya di Amerika Latin. Pukul rata 3,400 orang terbunuh setahun selama enam tahun kebelakangan dalam berbagai kecelakaan lalulintas di Peru .
Kemalangan jiwa yang ramai disebabkan jalan pegunungan yang berbahaya, keadaan jalan yang rosak, kenderaan yang tidak dijaga dan pemandu yang cuai demikian laporan AFP.
indah.com 2 Jun
No comments:
Post a Comment