SENTUL – “Ketika itu saya sedang membaca buku di beranda dan saya ada terdengar suara perempuan dari blok sebelah menjerit ‘campak baby’, namun saya tidak menghiraukannya kerana saya fikir tiada apa yang berlaku,”.
Demikian beritahu Siti Noriah Abdul Shukor, 29, penduduk Pangsapuri Sentul Utara , yang terkejut dengan kejadian penemuan mayat bayi lelaki cukup sifat di kawasan pakir berhampiran dengan tong sampah dipercayai baru sahaja dilahirkan lewat malam kelmarin.
Menurutnya, setelah mendapat tahu ada kes penemuan mayat bayi itu baru dia teringat akan jeritan yang didengarinya.
“Berkemungkinan perempuan yang jerit itu nampak perbuatan mencampakkan bayi itu, tetapi saya tidak dapat mengenal pasti rumah perempuan tersebut,” katanya.
Sementara itu, individu pertama yang menyedari keberadaan mayat bayi tersebut, Ahmad Azmawi Puteh, 34, berkata, dia menyangka objek yang dilihatnya itu kucing ataupun anak patung.
“Saya balik dari kerja, dari dalam kereta saya perasan objek itu, terfikir ia bayi tetapi tidak berani untuk pergi dekat, saya panggil orang lain untuk lihat, dan ternyata ia sah mayat bayi,” katanya.
Bayi malang itu ditemui dalam keadaan mengerikan apabila tempurung kepalanya pecah disyaki jatuh dari tempat tinggi.
Turut ditemui tali pusat dan uri yang masih berlumuran darah di dalam beg plastik di sisi bayi tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk kira-kira pukul 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada individu luar yang datang membuang bayi tersebut di situ.
“Namun daripada kesan cedera, kita percaya besar kemungkinan ia dicampak dari blok dan dilakukan oleh penduduk setempat.
“Mungkin pelaku berniat mencampakkan bayi tersebut ke dalam tong sampah namun tersasar dan jatuh ke atas jalan,” katanya.SH
No comments:
Post a Comment