Friday, June 3, 2011

Kuburan dan Kerangka Mayat Monalisa Ditemui

Percayakah anda bahawa jelitawan yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci, iaitu Monalisa memang betul-betul ujud ? Atau ia hanya ilustrasi penciptanya sahaja.


FIRENZE - Pada awal bulan ini sekumpulan ahli arkeologi menggali kuburan lama di Firenze, Itali . Mereka menemui sejumlah arkeologi, berbentuk tengkorak yang diyakini merupakan peninggalan seorang bangsawan yang diabadikan dalam lukisan karya agong yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci kira-kira 500 tahun lalu….. Monalisa.

Tempat ini sebelumnya merupakan Gereja Saint Orsola. Lokasi itu bertepatan makam Lisa Gherardini, isteri pedagang sutera yang kaya raya, Francesco del Gioncondo, yang meninggal pada Julai 1542 ketika berusia 63 tahun.

"Kubur tersebut berisi tulang belulang seorang perempuan dewasa. Beberapa bahagian dari tengkorak dan tulang punggung telah diangkat," kata koordinator penggalian, Giorgio Gruppioni.

"Tengkorak dan tulang punggung telah rusak karena beban tanah," kata Gruppioni, yang juga seorang profesor arkeologi dari Universiti Bologna.

"Beberapa bahagian tengkorak dan tulang punggung patut diangkat terlebih dahulu sebelum para arkeologi dapat memastikan jenis jantina tulang belulang tersebut," katanya.

Berdasarkan tengkorak itu, sekelompok ilmuwan mengharapkan dapat mencipta semula wajah tuannya yang berkemungkinan seorang jelitawan yang dilukis di dalam hasil seni Leonardo Da Vinci, iaitu Monalisa yang menjadi misteri selama beberapa abad

Pengkaji sejarah itu akan membandingkan DNA tengkorak itu dengan kedua anaknya yang terkubur di Gereja Santissima Annunziata, Firenze, untuk membuktikan identitinya. Hal ini akan dilakukan meskipun sebahagian pakar mengatakan bahawa lukisan potret terakhir Da Vinci itu merupakan ilustrasi dari beberapa wajah lain.

Karya agong Da Vinci tergantung di balik kaca kalis peluru dalam Museum Louvre di Paris. Kebanyakan pakar sejarah berpendapat bahawa potret perempuan tanpa bulu kening itu, dengan senyum penuh misteri merupakan Del Giocondo, yakni seorang biarawati yang  kematian suaminya.

No comments:

Post a Comment