Monday, June 20, 2011

KANAK-KANAK JATUH DARI TINGKAT 8


BEIJING - Seorang kanak-kanak terjatuh dari balkoni tingkat 8 lalu tubuh kecilnya tersangkut di motor penghawa dingin. Nasib menyebelahinya kerana dia tidak terus jatuh ke bawah.

Mungkin kanak-kanak itu ditinggal sendirian di rumah. Nasibnya baik kerana jeitannya didengari oleh jirannya ditingkat 7. Jirannya terus menelipon polis. Sementara menunggu polis datang, kanak-kanak itu makin menggelonsor ke bawah. Jiran tetangga mencuba berbagai cara untuk menyelamatkannya.

Seorang penghuni flat itu, yang melihat kejadian itu menceritakan, dia mendengar jeritan dari atas bangunan. Dilihatnya seorang kanak-kanak tersepit di sebalik alat hawa dingin dengan kaki terjuntai ke bawah.

"Ada beberapa orang keluar dari balkoni di tingkat tujuh. Salah satunya memanjat keluar dan menarik kanak-kanak itu," katanya.
indah.com 20 Jun

No comments:

Post a Comment