Monday, June 20, 2011

Ketumbuhan terbesar di dunia. Beratnya 80 kg

Nguyen Duy Hai, lelaki dari Vietnam, berusia 31 tahun ini mengidap ketumbuhan di kaki kanannya sejak lahir. Mungkin ini merupakan tumor yang terbesar di dunia. Beratnya 80 kg

Walaupun kaki kanannya sudah dibedah 14 tahun dulu , namun penyakit tumornya terus membesar. Bahkan lebar pertumbuhan tumornya mencapai 1 meter. Hebatnya dia, kerana masih tersenyum lebar walau pun tidak dapat bergerak bebas kerana kakinya berat.

"Aku tidak boleh berbuat apa-apa, aku hanya boleh duduk dan berbaring," katanya. Beliau tinggal di kota Da Lat di dataran tinggi tengah Vietnam. 

“Inilah tumor yang terbesar, yang pernah didokumentasikan di Vietnam, ini adalah catatan sejauh yang kita tahu," kata Ketua Jabatan Pemeriksaan Tumor Rumah Sakit di Hanoi, Vu Van Thach kepada berita Jerman DPA, "

Keluarga Hai terlalu miskin untuk meneruskan pembedahan pada 1997 bagi menghentikan pembesaran tumor dikakinya. Ketika ini beliau sedang mengumpulkan dana untuk rawatan seterusnya

Beliau diawasi dan dijaga ibunya yang berumur 61 tahun sejak kecil. Doktor Vu Van Thach mengatakan tumor Hai bukan jenis barah, tapi boleh membesar kerana mutasi genetik. "Jika barah ia tidak akan hidup hari ini," jelasnya. 
indah.com 20 Jun

No comments:

Post a Comment