Seoul - Rejim komunis Korea Utara menutup seluruh univesiti di negara itu sehingga 10 bulan ke depan. Mahasiswanya dikerah untuk bekerja di kilang, industri pertanian, dan sektor pembangunan, demi membangun kembali ekonomi negara yang terburuk.
Menurut telegraph.co.uk, Selasa 28 Jun rejim Kim Jong-il menyatakan kepada rakyat bahawa Korea Utara akan mencapai tujuannya menjadi sebuah negara yang "agung, makmur, dan perkasa" pada 2012, bertepatan dengan perayaan 100 tahun HUT pengasas Korea Utara iaitu ayah Jong-il, Kim Il-sung sendiri.
Tambahan lagi, pada Februari tahun depan Jong-il yang bergelar "Pemimpin Tercinta" mencapai usia genap 70 tahun dan mungkin akan mengalihkan sebahagian kekuasaannya kepada pewarisnya, anak bungsunya Kim Jong-un.
Penganalisis di Jepun menilai penutupan universiti itu adalah satu langkah bijak.
"Salah satunya adalah menutup kemungkinan munculnya demonstrasi di kampus-kampus," kata profesor dari Waseda University, Toshimitsu Shigemura, merujuk pada Revolusi Yasmin yang bergolak di seluruh negara Arab.
catatan: indah.com 29 Jun
No comments:
Post a Comment