Wednesday, June 15, 2011

Maut Ketika Sedang Memperkosa Nenek

 Gambar hiasan

TIVOLI - Seorang lelaki Texas, Isabel Chavelo Gutierrez, 53 maut ketika sedang memperkosa nenek berusia 77 tahun di Refugio County, Texas. Kejadian ini berlaku pada 2 Jun lalu. Sehingga kini masih diperkatakan.

Ketika sedang beraksi, lelaki itu mengeluh tidak sihat badan. Lalu dia menghentikan aksinya, tiba-tiba dia terguling, lalu meninggal begitu saja.

Polis menjangka Gutierrez terkena serangan jantung kerana terlalu letih. Sebelum sampai ke situ dia mengayuh basikal sejauh tiga kilometer. Bedah siasat dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Sebelumnya Gutierrez adalah seorang yang sihat. Wanita yang menjadi mangsa itu memberitahu, Gutierrez mengancamnya dengan pisau kecil. Kata Gary Wright dari pejabat sherrif Refugio County.

Sehari sebelum kejadian nenek itu mengaku melihat Gutierrez di pejabat pos kota kecil itu.

Setelah Gutierrez jatuh, dia ingatkan penyerangnya itu pengsan kerana terlalu mabuk, sebab nafasnya berbau alkohol. Dia segera lari keluar rumah lalu menelepon anak gadisnya yang kemudian menelepon polis .

Ketika polis tiba di tempat kejadian lelaki itu telah meninggal.

Menurut Gary Wright, tahap jenayah di kota kecil itu cukup rendah. Sukar bagi penduduk di situ melupakan kejadian begitu. "Peristiwa itu memang sangat ganjil," kata Wright.

Dalam catatan polis , Gutierrez adalah bekas penjenayah seksual. Dia dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman kerana kes pelecehan seksual terhadap anak. Dia dibebaskan bersyarat.
indah.com 15 Jun

No comments:

Post a Comment