Berlin - Yahoo.com, melaporkan tiga wartawan terselamat dari kebakaran belon udara kerana mereka sempat melompat keluar dari pesawat belon udara Zeppelin kerana pilot memerintahkan mereka menyelamatkan diri.
Setelah loncat, belon udara itu naik sampai 40 meter sebelum terbakar dan terhempas di Jerman tengah pada 12 Jun.
Saksi menyatakan, mereka mendengar letupan kuat dari mesin dan kelihatan asap berkepul serta berbau minyak.
Kemalangna itu terjadi di aerodrome Reichelsheim dekat Friesberg, Jerman tengah ketika belon udara tersebut hendak mendarat.
Sebelum kemalangan berlaku , ketika belon itu berada dua meter dari atas permukaan tanah, pilot memerintahkan supaya semua penumpang yang semuanya wartawan melompat keluar.
Ketiga wartawan itu selamat. Sedihnya pilot tersebut maut ditempat kejadian
Mereka yang terselamat terdiri dari jurugambar majalah Jerman, Bild dan lainnya dari stesyen televisyen RTL. Sementara pesawat Zeppelin tersebut merupakan sebahagian dari kegiatan promosi untuk memperingati festival tempatan di kota tersebut.indah.com 15 Jun
No comments:
Post a Comment