LONDON - Sebelum ini David Beckham di pilih sebagai lelaki yang paling hebat berpakaian. Kini undian terbaru untuk katagori bapa paling bergaya pulak.
Orlando Bloom mengalahkan David Beckham dalam satu kutipan pendapat yang diadakan untuk mengetahui siapa bapa berstatus selebriti yang paling bergaya dalam berpenampilan untuk tahun ini.
Orlando Bloom adalah aktor England, iaitu bapa kepada anak laki-laki berumur lima bulan, Flynn, dari isterinya, Miranda Kerr, berada di ranking pertama, mengalahkan bintang bola sepak David Beckham dan aktor Hollywood Jude Law. Undian pendapat tersebut dibuat oleh laman Web MyCelebrityFashion.co.uk untuk merayakan Hari Bapa di England, pada 19 Jun 2011.
Andy Barr, Pengarah Pemasaran MyCelebrityFashion.co.uk, menyatakan, "Sambutan Hari Bapa di England, kami ingin memilih para bapa yang berstatus selebriti dari segi fesyen . Sebagai seorang bapa baru, Orlando Bloom mencapai kedudukan teratas sebagai 'most stylish celebrity dad'.
Bloom mengumpulkan 71 peratus undi . Para pemilihnya memuji "keragaman gayanya". Sementara itu, Beckham di tempat kedua dengan 66 peratus undian dan vokalis Peter Andre meraih 59 peratus undi untuk tangga ketiga.
"Top Ten” Most Stylish Celebrity Dads of 2011:
1. Orlando Bloom - 71%
2. David Beckham - 66%
3. Peter Andre - 59%
4. Jude Law - 53%
5. Matthew McConaughey - 46%
6. Hugh Jackman - 41%
7. Will Smith - 36%
8. Johnny Depp - 29%
9. Ben Affleck - 26%
10. Brad Pitt - 22%.
indah.com 15 Jun
No comments:
Post a Comment