DHAKA : Nasir, 45 mungkin pencuri paling efisien di negeri ini. Dia boleh membuka setiap kunci, mencungkil berbagai jenis almari besi ataupun tempat simpan emas hanya dengan kunci tiruan," demikian kata Babul Akhter, Ketua Polis setempat.
Uniknya,” Badiul Haq Nasir seorang yang pemurah. Dia menyumbangkan segala hasil curian itu ke beberapa rumah kebajikan dan masjid, “kata Babul Akhter lagi .
"Menurut penduduk kampong itu, Nasir sangat murah hati. Dia bersedia membantu siapa saja yang memerlukan," sambung Akhter.
Jiran tetangga mengenalnya sebagai seorang pengusaha berjaya yang tinggal di sebuah rumah mewah. Rumahnya bagaikan istana. Dia juga memiliki beberapa buah rumah lagi.
Pencuri baik hati itu menyumbangkan sebahagian dari 2 juta taka hasil dari rompakan baru-baru ini ke sebuah masjid di kampungnya, kata Akhter. Namun, pihak penerima tidak mengetahui asal usul duitnya.
Setelah diburu selama seminggu, akhirnya Nasir ditangkap pada Rabu 8 Jun. Ini dek kerana wajahnya terakam kamera CCTV di sebuah kedai di kota pelabuhan Chittagong, Banglades.
"Ketika ditangkap dia minta diringankan hukuman, kerana katanya dia pencuri yang murah hati," kata Akhter.
indah.com 11 Jun
No comments:
Post a Comment